Tuesday, 1 January 2013

Ombak Naughty






Hari paling malang bagiku.. Jatuh motor lepas shoot gambar ni..... kos baiki motor @m100++.. Baru jew gaji dah hilang RM100..

Saturday, 29 December 2012

Friday, 14 December 2012

Assalamualaikum

Hari ini update n upload gambar yang sy shoot pada hari ini. Perancangan nak shoot sunrise di awal pagi tapi cuaca tidak mengizinkan, so masuk ke USM and shoot bangunan USM.. ni lah hasil dia..

Sunday, 9 December 2012

Tmn Rama-rama

Semasa cuti weekend, sempatlah jalan-jalan di Taman Rama-Rama, Pulau Pinang. Ramai yang suggestkan tempat ini, so terjah la. Lokasinya di Teluk Bahang yang  tidak jauh dari kg Sungai Rusa di mana sy menginap... dalam 16km lah.... :)
Tiket masuk agak Mahal RM18/orang just nk tgok rama-rama and tempat y kecil... Masa masuk tempat ni, ramai sangat orang dari Barat ambil gambar... xterkecuali aku sekali lah... Rama-rama y berwarna susah sangat nak capture cz terbang tempat y tinggi.. ni pun nasib baik guna TAMRON 80-300MM...
Honestly, pandangan peribadi , tempat ini sesuai dikunjungi bagi sesiapa yang sukakan rama-rama.

Saturday, 8 December 2012

Sunrise at Jembatan Pulau Pinang


Jambatan ini adalah nadi kepada Pulau Pinang. Di sinilah segala pintu keindahan Pulau Pinang akan bermula dari sini. Jambatan yang pernah disenaraikan antara yang terpanjang di dunia--13.5km, sememangnya menawarkan satu lokasi yang mengujakan. Di awal pagi sangat menarik dengan matahari terbit. Gambar ni lah antara yang terbaik sy rakam kan di awal pagi. Gerak dari rumah dalam Pukul 6:30am, perjalanan mengambil masa 20minit dari Rumah.